welcome

hi, welcome to my blog. Don't forget to follow me, ok. Bye

Sunday, 25 September 2011

jadual seharianku

Huarghhhhhh......(menguap dengan terlalu kuat). Aduh mengantuknya. Rasa macam nak tidur balik je. Tapi tak nak lah sebab mak aku anak dara tak elok bangun lambat. Tak tahu lah kenapa. Kalau nak tahu kenapa, tanyalah mak atau ayah korang ye. Haha.

Pagi nan indah. Angin bertiup dengan penuh ketenangan. Terlalu sejuk. Tak tahan. Kalau nak panas suam sikit, pakai lah sweater atau duduk je bawah selimut. Macam aku selalu buat. Haha. Korang semua selalunya bangun pukul berapa erk? Kalau yang sekolah pagi tu mesti lah bangun awal kan. Ya lah tak nak datang lewat ke sekolah. Semangat untuk belajar lah tu kan? Kepada sesiapa yang menduduki peperiksaan awam tu, buat yang terbaik,ok.

Apa lah aku ni kan. Melencong ke tempat lain pulak. Haa tajuk aku kali ni nak cerita pasal jadual seharian aku. Jadual aku tu tak lah terlalu ketat tapi longgar. Haha. Pagi- pagi lagi (dalam pukul 6:30) bangun pergi sembahyang Subuh. Memang itu kewajipan kepada orang Islam kan. Lepas sembahyang terus naik atas katil. Sama ada nak tidur semula ataupun just baring je.

And then lepas bangun dari tidur atau baring terus menuju ke bilik air untuk mandi ataupun basuh muka. Lepeas mandi terus sarapan. Tapi sebelum nak mula sarapan kenalah pakai baju dulu kan. Maklumlah lepas mandi pagi. Dah menguruskan diri, kenalah menguruskan rumah. Ya lah seperti biasa. Aku  kan sekolah petang. Maklumlah baru ting. 1.


Tugas aku ialah kena sapu rumah. Manakala mak aku jemur kain. Yang basuh baju tu aku lah. Biasalah budak rajin. ( Hanya basuh di dalam  washing machine). Rajinkan aku ni. Haha. Abang aku pulak kena sapu kat luar rumah and apa lagi ya. Tapi dia ni pemalas sikit. Orang bangun awal dia bangun dalam pukul 9:00 pagi. So, kerja dia jadi sikit lah. Best nya, bangun lambat kan. Tapi ustazah kat sekolah aku kata kalau lepas sembahyang Subuh tidur balik boleh tumpulkan otak kita. Tapi aku tak pasti. Sebab kawa- kawan aku selalu buat macam tu, pandai je. Straight A's lagi atau pun lebih dari 4 A's.

Itu bukan masalahnya. Aku akan terus kan dengan jadual aku ni. Lepas sapu rumah (habis dalam pukul 10:00 pagi), terus rehat selama 5 minit atau pun sampai pukul nak bersiap ke sekolah. Kalau nak belajar masuk ke dalam bilik dan buka buku. Huhu. Around pukul 11.30 berhenti dan bersiap ke sekolah  dan pergi ke sekolah sampai pukul 7:00 malam. Lepas balik sekolah mandi and dinner. Kemudian rehat sampai pukul 8:15 kemudian terus belajar sampai pukul 10:30 atau 10:00. Terus tidur.

Itulah jadual seharian aku tau. Tak lah begitu ketat kan tapi terlalu longgar. Haha. Ok kalau ada jodoh kita jumpa lagi ya. Bye.

No comments:

Post a Comment