welcome

hi, welcome to my blog. Don't forget to follow me, ok. Bye

Friday 23 September 2011

perasaan sedih

Aku sedih yang teramat sekali pada hari ini. Rasa seperti ingin menghentikan nafasku yang terakhir. Aku tak sangka bahawa kucing yang paling aku sayang pergi meninggalkanku. Dia mati tanpa keizinan dari aku. Mungkin dia tak nak mati depan mata aku. Dia taknak aku sedih. tetapi bila aku pulang dari sekolah alangkah terkejutnya aku apabila dia dah tak ada. Dia pergi selama- lamanya.Tiada penggati yang bisa merawat luka ku ini.

Namanya TF. Dia diberi gelaran itu sempana nama tempat yang aku jumpa. Masa first time aku ambil dia dengan gembira tak terhingga. Rasa seperti aku memperoleh kejayaan yang besar. Tetapi hibanya hati aku apabila pengakhiran hidupnyaselang tiga hari aku menjumpainya. Pada masa itu, aku dah tak ada daya nak hidup.Rasa macam aku nak mati dan jumpa dengan dia kat sana. Dia nati sebab dia demam lepas ayah aku mendikab dia. Mungkin terkejut kut.

Aku rindu suaranya, lariannya, wajahnyadan belaiannya. Kemana sahaja aku pergi, dia ikut. Dia pantang tengok tangan aku bergerak. Mestidianak kejar tangan aku. Mungkin tangan aku ni ada bau ikan kut. Dalam masa dia demam, memang dia lemah. Baring dan tidur je.Makan dan minum lansung tak nak.Dia lansung tak bersuara. Dalam masa tu, rasa rindu pun ada pada suara dia. Tapi bagi dia makan susu cair, ALHAMDULILLAH dia makan juga. Ya lah siapa tak suka pada manisan kan?

Flashback

Bila balik sekolah, aku terus masuk kereta. Seperti biasa aku bertanya pada ayah aku tentang perkembangan TF. Pada saat- saat akhir ayah aku cakap yang dia dah sihat. Berlari sana- sini. Makan pun banyak.Lepastu aku tanya ayah aku macam dia boleh sihat. Ayah aku cakap dia makan tanah. Apabila jawapan itu yang diberikan oleh ayah aku, tiba- tiba aku tersentap.Sepanjang perjalanan aku berfikiryang Tk ni makan tanah ke, atau tanah yang makan dia.Firasat aku asyik berkata yang TF dah mati. Bla dah sampai rumah, aku turun dari kereta dengan pantasnya. Dan mendapati TF dah tak ada. Aku lihat dia laman ruma aku dah tak ada sangkar kucing.

Lalu aku pun bertanya mak aku mana TF. Mak aku tak jawab. Lepastu aku tanya ayah aku pulak. Ayah aku kata diadah tak ada. Masa tu air mata aku dah membasahi pipi. Tak dapat nak menahan kesedihan. Dan aku menangis di dalam bilik keseorangan melayani bahtera yang dilanda badai.

Kembali kepada alam yang nyata...

Itulah kisah sedih yang aku alami. Rasa ingin mumatarkan masa bersama dengan TF. Saat- saat manis bersamanya.

YA ALLAH kau tabahkanlah diriku ini dengan dugaan yang mencurah- curah. Kau redhailah pemergiannya. Kau ampunilah dosa keluargaku jika kami tidak menjaganya dengan elok. Kami dah cuba sedaya- upaya. Tapi hanya Kau lebih tahu.

No comments:

Post a Comment