welcome

hi, welcome to my blog. Don't forget to follow me, ok. Bye

Thursday 15 September 2011

arah ke mana?

Alamak! Tak ku sangka sekali bahawa aku akan menjadi watak utama dalam drama Arah Ke Mana. Watak aku sebagai Haji Pakir sudah tentu asyik kena marah je. Aku kena berlakon dari babak pertama sehingga babak ketiga. Tanpa rehat dan ini akan membuatkan aku sakit tekak. Kalau korang semua nak tahu kenapa aku sakit tekak, haa ini lah ceritanya

First, untuk babak pertama aku  punya watak bukannya memarahi orang, tapi aku kena menangis. Yalah, itu tak susah sangat. Tapi aku kena menghayati betul- betul watak menangis tu.

Second, babak kedua pulak, aku dapat pulak watak marah- marah orang. Tak henti- henti. First, aku marah Hajah Derisah sebab dia ambil berat pasal anaknya. Terlalu memanjakan anknya lah katakan. Mana tidaknya, si Rohani tu lah anaknya satu- satunya. Apa boleh buat, manjakan lah budak tu sampai budak lepas bebas seperti burung merpati. Cewahh ayat dialog aku tu. Lepas marah Hajah Derisah pulak, aku kena marah si Rohani pulak. Sebab kurang ajar dengan aku. Itu yang boleh sakit tekak tu.

Babak ketiga pulak kembali watak sedih. Seperti babak pertama. Mana tidaknya, si Rohani tu dah meninggal. So, Haji Pakir dan juga Hajah Derisah sedih lah bila melihat pusara anaknya ittu. Sebenarnya, babak kedua ini flashback bagaimana si Rohani boleh meninggal.

Itulah kisahnya kenapa aku sakit tekak dalam drama ni. Tapi tak apa, sebab aku memang suka berlakon. Rasanya sejak dari sekolah rendah lagi. So, aku ada pengalaman nak pegang watak macam ni.

Sekian,  terima kasih.

No comments:

Post a Comment