welcome

hi, welcome to my blog. Don't forget to follow me, ok. Bye

Thursday 22 September 2011

susahnya

Kalau lah kat dunia ni ada pari- pari macam cerita yang Indonesia kan best. Kita suruh je pari- pari tu buat semua kerja tu. Tak ada lah badan kita ni asyik rasa penat je. Kalau tak buat kerja pulak takut gemuk sebabnya  lansung tak exercise. Sabar je lah kan. Haa itu hanyalah muqaddimah sahaja ya pada pagi- pagi nan indah ni

Sebenarnya kisah aku kali ini adalah tentang pelajaran aku. Peperiksaan akhir tahun dah lah nak dekat. I think it almost about 3 weeks right now. Aku dah mula ulangkaji, tapi masalahnya bila aku belajar je pada waktu malam mesti aku berkhayal. Fikir pasal benda lain. Sebanarnya fikir pasal nak tidur. Ya lah belajar pada waktu malam. Asyik memikirkan nak tidur pun sebab badan ni dah rasa penat selepas seharian bersekolah.

Bila nak buat Mathematics je mesti tak boleh nak buat. Maklumlah Mathematics kan banyak pengiraan yang nak kena buat. So, rasa macam banyak sangat kerja. Apalah aku ni kan banyak sangat alasan yang aku buat kat sini. Betullah orang tua- tua selalu kata ' nak seribu daya, tak nak seribu dalih'.

Rasanya itu je lah kot cerita aku ni. Badan aku ni pun rasa dah macam sengal satu badan. Tandanya nak tidur lah tu. Ok lah. Kalau ada jodoh yang cerah aku berkongsi cerita lagi dengan korang semua ya.

No comments:

Post a Comment