welcome

hi, welcome to my blog. Don't forget to follow me, ok. Bye

Monday, 26 September 2011

haiwan peliharaan

Kat setiap rumah orang mesti ada haiwan peliharaan kan? Haa aku pun ada juga haiwan peliharaan. Ada kucing, ikan dan ayam. Tapi ayam tu haiwan penternakan ya. Senang cerita buat je lah ayam tu haiwan peliharaan. Keluarga aku ni bela bela ayam opss, silap ternak ayam baru betul. Ternak ayam ni pun sebab sejarah nya bermula keluarga aku pergi lah berjalan kat pasar lambak. Just area Batu Gajah je. Haha.

And then, kita orang pun berjalan lah sana- sini. Lepastu ternampak ada Apek tua yang jual anak ayam. Kita orang pun try lah beli 4 ekor. Samapi sekarang masih lagi beli anak ayam. Tapi keluarga aku cakap nak berhenti dulu buat masa ni. Yalah dah nak akhir tahun. Nak lah melancong kat sana, kat sini. Nanti kalau kita orang asyik berjalan, siapa yang nak tngok- tengokkan ayam aku tu? Korang nak ke? Haha. Just kidding.

Ayam aku dah besar- besar. Yang 1st edition punya dah kena sembelih. Lepas sembelih je mesti mak aku akan masak Nasi Ayam. Sedapnya. Tapi hanya seekor je ayam yang 1 st edition ni kami tak sembelih. Namanya Jaguh. Kita orang tak sembelih dia sebab dia berkokok. Ayam tu lah yang gerakkan kita orang supaya sembahyang Subuh. Tak lah terlajak waktu Subuh kan.


Haa, ini lah gambar ayam aku yang berkokok tu






Amacam ada berani tak? Besar tau budak ni. Tapi dia tak ganas. Cuba korang tengok muka dia ni. Macam muka Christiano Ronaldo kan? Haha.



Aku rasa itu jelah ya cerita nya. Aku dah mengantuk. Dah banyak kali aku menguap besar. Bye. Goodnight.




Sunday, 25 September 2011

jadual seharianku

Huarghhhhhh......(menguap dengan terlalu kuat). Aduh mengantuknya. Rasa macam nak tidur balik je. Tapi tak nak lah sebab mak aku anak dara tak elok bangun lambat. Tak tahu lah kenapa. Kalau nak tahu kenapa, tanyalah mak atau ayah korang ye. Haha.

Pagi nan indah. Angin bertiup dengan penuh ketenangan. Terlalu sejuk. Tak tahan. Kalau nak panas suam sikit, pakai lah sweater atau duduk je bawah selimut. Macam aku selalu buat. Haha. Korang semua selalunya bangun pukul berapa erk? Kalau yang sekolah pagi tu mesti lah bangun awal kan. Ya lah tak nak datang lewat ke sekolah. Semangat untuk belajar lah tu kan? Kepada sesiapa yang menduduki peperiksaan awam tu, buat yang terbaik,ok.

Apa lah aku ni kan. Melencong ke tempat lain pulak. Haa tajuk aku kali ni nak cerita pasal jadual seharian aku. Jadual aku tu tak lah terlalu ketat tapi longgar. Haha. Pagi- pagi lagi (dalam pukul 6:30) bangun pergi sembahyang Subuh. Memang itu kewajipan kepada orang Islam kan. Lepas sembahyang terus naik atas katil. Sama ada nak tidur semula ataupun just baring je.

And then lepas bangun dari tidur atau baring terus menuju ke bilik air untuk mandi ataupun basuh muka. Lepeas mandi terus sarapan. Tapi sebelum nak mula sarapan kenalah pakai baju dulu kan. Maklumlah lepas mandi pagi. Dah menguruskan diri, kenalah menguruskan rumah. Ya lah seperti biasa. Aku  kan sekolah petang. Maklumlah baru ting. 1.


Tugas aku ialah kena sapu rumah. Manakala mak aku jemur kain. Yang basuh baju tu aku lah. Biasalah budak rajin. ( Hanya basuh di dalam  washing machine). Rajinkan aku ni. Haha. Abang aku pulak kena sapu kat luar rumah and apa lagi ya. Tapi dia ni pemalas sikit. Orang bangun awal dia bangun dalam pukul 9:00 pagi. So, kerja dia jadi sikit lah. Best nya, bangun lambat kan. Tapi ustazah kat sekolah aku kata kalau lepas sembahyang Subuh tidur balik boleh tumpulkan otak kita. Tapi aku tak pasti. Sebab kawa- kawan aku selalu buat macam tu, pandai je. Straight A's lagi atau pun lebih dari 4 A's.

Itu bukan masalahnya. Aku akan terus kan dengan jadual aku ni. Lepas sapu rumah (habis dalam pukul 10:00 pagi), terus rehat selama 5 minit atau pun sampai pukul nak bersiap ke sekolah. Kalau nak belajar masuk ke dalam bilik dan buka buku. Huhu. Around pukul 11.30 berhenti dan bersiap ke sekolah  dan pergi ke sekolah sampai pukul 7:00 malam. Lepas balik sekolah mandi and dinner. Kemudian rehat sampai pukul 8:15 kemudian terus belajar sampai pukul 10:30 atau 10:00. Terus tidur.

Itulah jadual seharian aku tau. Tak lah begitu ketat kan tapi terlalu longgar. Haha. Ok kalau ada jodoh kita jumpa lagi ya. Bye.

Friday, 23 September 2011

perasaan sedih

Aku sedih yang teramat sekali pada hari ini. Rasa seperti ingin menghentikan nafasku yang terakhir. Aku tak sangka bahawa kucing yang paling aku sayang pergi meninggalkanku. Dia mati tanpa keizinan dari aku. Mungkin dia tak nak mati depan mata aku. Dia taknak aku sedih. tetapi bila aku pulang dari sekolah alangkah terkejutnya aku apabila dia dah tak ada. Dia pergi selama- lamanya.Tiada penggati yang bisa merawat luka ku ini.

Namanya TF. Dia diberi gelaran itu sempana nama tempat yang aku jumpa. Masa first time aku ambil dia dengan gembira tak terhingga. Rasa seperti aku memperoleh kejayaan yang besar. Tetapi hibanya hati aku apabila pengakhiran hidupnyaselang tiga hari aku menjumpainya. Pada masa itu, aku dah tak ada daya nak hidup.Rasa macam aku nak mati dan jumpa dengan dia kat sana. Dia nati sebab dia demam lepas ayah aku mendikab dia. Mungkin terkejut kut.

Aku rindu suaranya, lariannya, wajahnyadan belaiannya. Kemana sahaja aku pergi, dia ikut. Dia pantang tengok tangan aku bergerak. Mestidianak kejar tangan aku. Mungkin tangan aku ni ada bau ikan kut. Dalam masa dia demam, memang dia lemah. Baring dan tidur je.Makan dan minum lansung tak nak.Dia lansung tak bersuara. Dalam masa tu, rasa rindu pun ada pada suara dia. Tapi bagi dia makan susu cair, ALHAMDULILLAH dia makan juga. Ya lah siapa tak suka pada manisan kan?

Flashback

Bila balik sekolah, aku terus masuk kereta. Seperti biasa aku bertanya pada ayah aku tentang perkembangan TF. Pada saat- saat akhir ayah aku cakap yang dia dah sihat. Berlari sana- sini. Makan pun banyak.Lepastu aku tanya ayah aku macam dia boleh sihat. Ayah aku cakap dia makan tanah. Apabila jawapan itu yang diberikan oleh ayah aku, tiba- tiba aku tersentap.Sepanjang perjalanan aku berfikiryang Tk ni makan tanah ke, atau tanah yang makan dia.Firasat aku asyik berkata yang TF dah mati. Bla dah sampai rumah, aku turun dari kereta dengan pantasnya. Dan mendapati TF dah tak ada. Aku lihat dia laman ruma aku dah tak ada sangkar kucing.

Lalu aku pun bertanya mak aku mana TF. Mak aku tak jawab. Lepastu aku tanya ayah aku pulak. Ayah aku kata diadah tak ada. Masa tu air mata aku dah membasahi pipi. Tak dapat nak menahan kesedihan. Dan aku menangis di dalam bilik keseorangan melayani bahtera yang dilanda badai.

Kembali kepada alam yang nyata...

Itulah kisah sedih yang aku alami. Rasa ingin mumatarkan masa bersama dengan TF. Saat- saat manis bersamanya.

YA ALLAH kau tabahkanlah diriku ini dengan dugaan yang mencurah- curah. Kau redhailah pemergiannya. Kau ampunilah dosa keluargaku jika kami tidak menjaganya dengan elok. Kami dah cuba sedaya- upaya. Tapi hanya Kau lebih tahu.

Thursday, 22 September 2011

susahnya

Kalau lah kat dunia ni ada pari- pari macam cerita yang Indonesia kan best. Kita suruh je pari- pari tu buat semua kerja tu. Tak ada lah badan kita ni asyik rasa penat je. Kalau tak buat kerja pulak takut gemuk sebabnya  lansung tak exercise. Sabar je lah kan. Haa itu hanyalah muqaddimah sahaja ya pada pagi- pagi nan indah ni

Sebenarnya kisah aku kali ini adalah tentang pelajaran aku. Peperiksaan akhir tahun dah lah nak dekat. I think it almost about 3 weeks right now. Aku dah mula ulangkaji, tapi masalahnya bila aku belajar je pada waktu malam mesti aku berkhayal. Fikir pasal benda lain. Sebanarnya fikir pasal nak tidur. Ya lah belajar pada waktu malam. Asyik memikirkan nak tidur pun sebab badan ni dah rasa penat selepas seharian bersekolah.

Bila nak buat Mathematics je mesti tak boleh nak buat. Maklumlah Mathematics kan banyak pengiraan yang nak kena buat. So, rasa macam banyak sangat kerja. Apalah aku ni kan banyak sangat alasan yang aku buat kat sini. Betullah orang tua- tua selalu kata ' nak seribu daya, tak nak seribu dalih'.

Rasanya itu je lah kot cerita aku ni. Badan aku ni pun rasa dah macam sengal satu badan. Tandanya nak tidur lah tu. Ok lah. Kalau ada jodoh yang cerah aku berkongsi cerita lagi dengan korang semua ya.

aduh sakitnya

Aduh! Aduh!Aduh! Sakittnya gigi aku ni. Ya lah ada gigi geraham bongsu yang nak tumbuh baru. Bukannya sebab aku tak gosok gigi tau. Salah sama sekali pernyataan itu. Aku hari- hari gosok tau.Sama macam orang lain pulak. Kecuali orang gila dan tidak berakal. Itu lah antara orang yang tak gosok gigi.

Aku tak tahan lah dengan gigi aku ni.  Sakit sangat. Dah macam- macam cara aku buat. Tampal koyok lah, letak minyak panas lah, gigit lada hitam lah, da sebagainya. Tapi tak berkesan. Nak pulak kalau aku gigit lada hitam.

Petua gigit lada hitam ni pun ayah aku yang ajar. Masa tu aku sakit sangat. Dah tak boleh nak buat apa- apa lagi. Masa sakit tu kan aku kata kena gigit kan, so aku pun gigit lah. Sebab manalah tahu dengan petua ayah aku tu betul. Tapi tak pun. Aku pun gigit and menambah kan lagi sakit. Bukannya menyembuhkan lagi. Ish, geram betu lah.

Nak  dipendekkan cerita, akhir sekali aku pun menangis sebab sakit sangat. At last, ayah aku pun belilakan ubat untuk aku, dan aku pun makan. Alhamdulllillah dah hilang sakit.

Sunday, 18 September 2011

hari yang memenatkan

Hari Sabtu yang lepas marupakan hari yang paling memenatkan buat aku. Mana tidaknya, ada kenduri kahwin ayah saudara aku. Dah lah dari pukul 9 pagi sehingga pukul 2 petang ada kat sana. Lepastu yang menarik lagi adalah aku jadi orang yang beri bunga telur kat tetamu yang hadir. Berat tau beg yang aku angkat tu. Sakit tangan aku. Sampai lebam- lebam tangan aku tau. Tapi tak apa, aku dapat pahala sebab aku tolong orang beri bunga telur tu. Padahal isi kandungan tu mana ada bunga telur just bendanya cawan kecil yang berisi dengan gula-gula. Sabar je lah.

Haa kalau nak tahu ini lah gambar mak sedara aku. Tapi bukannya dia yan kahwin tau, sepupu dia.


Masa ni, dia tengah menyanyi dengan adik pengantin tau. Suara dia bolehlah tahan . Nak kata tak sedap, sedap. Tapi kalau dibandingkan dengan artis, artis lagi sedap suaranya.

Yang ini pulak gambar opah aku. Cun tak opah aku ni?

Ynag ini pulak, gambar adik aku tengah baring. Mungkin penat kut.
Comel tak muka adik aku yang bertuah  alam ni?

Yang ini barulah gambar pengantinnya. Si lelakinya kacak dan si perempuannya cantik. Memang sesuai mereka dijodohkan bersama.


Itulah je lah ceritanya pada hari ini. Have a nice day with your family ok like this bride.

Thursday, 15 September 2011

arah ke mana?

Alamak! Tak ku sangka sekali bahawa aku akan menjadi watak utama dalam drama Arah Ke Mana. Watak aku sebagai Haji Pakir sudah tentu asyik kena marah je. Aku kena berlakon dari babak pertama sehingga babak ketiga. Tanpa rehat dan ini akan membuatkan aku sakit tekak. Kalau korang semua nak tahu kenapa aku sakit tekak, haa ini lah ceritanya

First, untuk babak pertama aku  punya watak bukannya memarahi orang, tapi aku kena menangis. Yalah, itu tak susah sangat. Tapi aku kena menghayati betul- betul watak menangis tu.

Second, babak kedua pulak, aku dapat pulak watak marah- marah orang. Tak henti- henti. First, aku marah Hajah Derisah sebab dia ambil berat pasal anaknya. Terlalu memanjakan anknya lah katakan. Mana tidaknya, si Rohani tu lah anaknya satu- satunya. Apa boleh buat, manjakan lah budak tu sampai budak lepas bebas seperti burung merpati. Cewahh ayat dialog aku tu. Lepas marah Hajah Derisah pulak, aku kena marah si Rohani pulak. Sebab kurang ajar dengan aku. Itu yang boleh sakit tekak tu.

Babak ketiga pulak kembali watak sedih. Seperti babak pertama. Mana tidaknya, si Rohani tu dah meninggal. So, Haji Pakir dan juga Hajah Derisah sedih lah bila melihat pusara anaknya ittu. Sebenarnya, babak kedua ini flashback bagaimana si Rohani boleh meninggal.

Itulah kisahnya kenapa aku sakit tekak dalam drama ni. Tapi tak apa, sebab aku memang suka berlakon. Rasanya sejak dari sekolah rendah lagi. So, aku ada pengalaman nak pegang watak macam ni.

Sekian,  terima kasih.

kawan baikku...

Kalau korang semua nak tahu sebenarnya aku ni ada ramai kawan. Tak kisah lah sama ada mereka ni berlainan bangsa dan juga agama. Apa orang kata 'kawan biar dicari, musuh jangan sesekali kita cari'.
Itu prinsip aku. Terutamanya ialah Nurul Anis iaitu kawan baikku. Aku dengan dia ni dah lama berkawan baik sebenarnya. Kalau aku tak silap sejak dari sekolah rendah lagi. Kami memang rapat. Kemana dia prgi aku ikut. Kemana aku pergi dia pun ikut. Kami ni sama. Itu yang boleh digelarkan sehati sejiwa. Tapi cuma ada benda berlainan sikit antara iaitu tentang cita- cita dan juga minat dia dalam sesuatu bidang.

Macam aku, aku nak jadi lawyer, tapi Anis nak jadi Business Women. Katanya dia boleh jadi glamour sebab dia berjuang untuk negara dan manalah tahu kalau nasibnya baik dia boleh ditemu ramah oleh para wartawan. Kalau aku pulak, ada sebab tertentu nak jadi peguam syariah. Peguam syariah ni orang kata ambil masalah tentang orang yang nak bercerai. Kalau lah ada sebahagian artis yang nak bercerai, mereka boleh lah ambil aku sebagai peguamnya. Wah, bangganya aku apabila aku dapat berjumpa dengan artis. seperti dunia ana yang punya! Ewah dah tiru lagu P. Ramli lah pulak.

Tapi kalau cerita pasal novel, aku yang nombor 1 akan asyik bertanya tentang jalan ceritanya. Kalau ada yang menarik mesti rasa macam nak baca  je novel tu. Dengan kawan aku yang lagi satu ni pun selalau juga cerita novel, iaitu Fathin Nur Syakirah. Kalau ada je novel yang aku search dekat laman Kelab Peminat Novel dekat laman sosial Facebook, mesti aku tanya tentang novel yang aku cari. Bila dia cakap dia ada novel tu, wah, bahagianya hidup aku ni. Rasa macam nak pinjam je novel tu.

Tapi ada yang menjadi masalahnya apabila kes nak meminjam novel. Masalahnya aku kena pergi rumah dia kalau nak pinjam novel. Maklumlah kat sekolah aku mana boleh bawa novel. Itu yang menjadi masalahnya. Nak pergi rumah dia satu hal pulak sebabnya mesti mak dan ayah aku tak kasi punya. Yalah, aku ni kan 'anak dara' lah katakan. Sekarang ni banyak benda yang boleh terjadi pada anak- anak gadis seperti aku.

Bila aku nak beli sendiri pulak tak boleh sebabnya mak dan ayah aku pun tak kasi juga. Maklumlah, aku ni masih belajar lagi. Baru form 1 umur aku. Banyak lagi benda yang kena aku pelajari. Aku nak berjaya macam orang lain juga. Aku nak belajar kat luar negara dan ambil jurusan law. Apa boleh buat kan, sebagai seorang anak dan juga seorang pelajar, aku mesti berjaaya dalam hidup aku. Aku tak akan hampakan perasaan kedua ibubapa aku. Aku ni amanah mereka, jadi aku mesti lah buat benda yang mereka suka.

Eh, sedar tak sedar aku punya cerita dah lari dari tajuk. Bukankah aku cerita pasal kawan baik aku? Kenapa aku cerita pasal novel pulak? Aduh apa lah aku ni kan? Tapi apa yang aku nak buat kesimpulan kat sini adalah, Nurul Anis tu memang kawan baik aku. Dialah kawan ku dunia dan akhirat. Semoga persahabatn kami berkekalan abadi.