welcome

hi, welcome to my blog. Don't forget to follow me, ok. Bye

Thursday 15 September 2011

kawan baikku...

Kalau korang semua nak tahu sebenarnya aku ni ada ramai kawan. Tak kisah lah sama ada mereka ni berlainan bangsa dan juga agama. Apa orang kata 'kawan biar dicari, musuh jangan sesekali kita cari'.
Itu prinsip aku. Terutamanya ialah Nurul Anis iaitu kawan baikku. Aku dengan dia ni dah lama berkawan baik sebenarnya. Kalau aku tak silap sejak dari sekolah rendah lagi. Kami memang rapat. Kemana dia prgi aku ikut. Kemana aku pergi dia pun ikut. Kami ni sama. Itu yang boleh digelarkan sehati sejiwa. Tapi cuma ada benda berlainan sikit antara iaitu tentang cita- cita dan juga minat dia dalam sesuatu bidang.

Macam aku, aku nak jadi lawyer, tapi Anis nak jadi Business Women. Katanya dia boleh jadi glamour sebab dia berjuang untuk negara dan manalah tahu kalau nasibnya baik dia boleh ditemu ramah oleh para wartawan. Kalau aku pulak, ada sebab tertentu nak jadi peguam syariah. Peguam syariah ni orang kata ambil masalah tentang orang yang nak bercerai. Kalau lah ada sebahagian artis yang nak bercerai, mereka boleh lah ambil aku sebagai peguamnya. Wah, bangganya aku apabila aku dapat berjumpa dengan artis. seperti dunia ana yang punya! Ewah dah tiru lagu P. Ramli lah pulak.

Tapi kalau cerita pasal novel, aku yang nombor 1 akan asyik bertanya tentang jalan ceritanya. Kalau ada yang menarik mesti rasa macam nak baca  je novel tu. Dengan kawan aku yang lagi satu ni pun selalau juga cerita novel, iaitu Fathin Nur Syakirah. Kalau ada je novel yang aku search dekat laman Kelab Peminat Novel dekat laman sosial Facebook, mesti aku tanya tentang novel yang aku cari. Bila dia cakap dia ada novel tu, wah, bahagianya hidup aku ni. Rasa macam nak pinjam je novel tu.

Tapi ada yang menjadi masalahnya apabila kes nak meminjam novel. Masalahnya aku kena pergi rumah dia kalau nak pinjam novel. Maklumlah kat sekolah aku mana boleh bawa novel. Itu yang menjadi masalahnya. Nak pergi rumah dia satu hal pulak sebabnya mesti mak dan ayah aku tak kasi punya. Yalah, aku ni kan 'anak dara' lah katakan. Sekarang ni banyak benda yang boleh terjadi pada anak- anak gadis seperti aku.

Bila aku nak beli sendiri pulak tak boleh sebabnya mak dan ayah aku pun tak kasi juga. Maklumlah, aku ni masih belajar lagi. Baru form 1 umur aku. Banyak lagi benda yang kena aku pelajari. Aku nak berjaya macam orang lain juga. Aku nak belajar kat luar negara dan ambil jurusan law. Apa boleh buat kan, sebagai seorang anak dan juga seorang pelajar, aku mesti berjaaya dalam hidup aku. Aku tak akan hampakan perasaan kedua ibubapa aku. Aku ni amanah mereka, jadi aku mesti lah buat benda yang mereka suka.

Eh, sedar tak sedar aku punya cerita dah lari dari tajuk. Bukankah aku cerita pasal kawan baik aku? Kenapa aku cerita pasal novel pulak? Aduh apa lah aku ni kan? Tapi apa yang aku nak buat kesimpulan kat sini adalah, Nurul Anis tu memang kawan baik aku. Dialah kawan ku dunia dan akhirat. Semoga persahabatn kami berkekalan abadi.

No comments:

Post a Comment