welcome

hi, welcome to my blog. Don't forget to follow me, ok. Bye

Monday 6 February 2012

cinta remajaku (novel)


             Bab 1
S
ukar benar Ariana Efa hendak melelapkan matanya. Sekejap dia berpusing kesebelah kiri, sekejap kesebelah kanan. Tidak dapat juga dia hendak melelapkn matanya yang begitu cantik itu.  Mana tidaknya, asyik memikirkan tentang hari peresekolahan yang akan bermula pada keesokan harinya. Entah mengapa hatinya berasa tidak begitu tenteram sekali.
 Peat berbaring, Ariana Efa duduk bersila di atas katilnya itu. Dia bermonolog sendirian.
 “ Esok sekolah akan dibuka. Kenapa berat sangat hati aku ni nak pergi kesekolah? Nak dikatakan baru  first time  kesekolah, tak mungkin. Sebab dah nak 11 thun aku bersekolah. Tapi kenapa  aku gelisah aje ni.”
Sedang Ariana Efa berfikir, ibunya Puan Rosmiah masuk ke kamar kecilnya itu. Sudah diketuk berkali- kali tapi masih tidak berjawab. Akhirnya, Puan Rosmiah menyelinaap masuk ke kamar Ariana Efa.
“Anak mama ni, fikir kan apa sebenarnya. Kenapa tak tidur lagi ni? Dah lewat malam. Esok kan nak mula sekolah.” Ariana Efa yang sedang termenung tadi, berasa sedikit terkejut dngan sapaan mamanya itu.
“ Eh, mama! Kenapa mama tak ketuk pintu dulu sebelum nak masuk bilik Efa?” Ariana Efa cuba menyembunyi kegelisahannya.
“ Mama dah ketuk banyak kali pintu bilik Efa. Tapi, Efa tak jawab pun. Efa tak suka mama masuk bilik Efa, ya? Kalau tak suka, mama keluar dulu ya.” Puan Rosmiah mencuba untuk bangun, tetapi dihalang terlebih dahulu oleh Efa.
“Bukan macam tu maksud Efa, mama. Efa cuma terkejut aje tadi. Efa tak perasan yang mama ketuk pintu tadi. Kenapa mama tak tidur lagi ni?” soal Ariana Efa kepada mamanya.
  Mama risau tengok Efa tak tidur lagi. So, mama masuk lah bilik Efa. Mana lah tahu kalau Efa nak bunuh diri ke? Mama masuk leh bilik ni.”
“ Bukannya nak bunuh diri, tapi Efa cuma fikir tentang esok. Esok nak sekolah, tapi Efa rasa gelisah sangat. Tak tahu lah kenapa, mama?”
“ Itu maknanya, Efa tak sabar nak pergi sekolah. Bagus lah Efa ni, otak tu asyik nak belajar je. Sejuk sikit perut mama mengandung kan Efa tau.”
Ariana Efa merupakan seorang murid yang pandai disekolahnya. Semua orang sentiasa  memuji akan kepandaian Ariana Efa.
“ Betul ke apa yang mama cakap kan ni. Tapi……”
Puan Rosmiah pantas memotong.
“ tapi Efa kena tidur sekarang. Esok kena bangun awal ya. Takut nanti jalan sesak. Dah tidur cepat.”
Puan Rosmiah pantas menyelimuti anaknya itu. Dia begitu bersyukur kerana mempunyai anak yang baik seperti Ariana Efa.

JAM telah menunjukan pukul 6:40 pagi. Ariana Efa sudah bersiap-siap untuk ke sekolah. Sudah lama Ariana Efa menunggu mamanya di ruang tamu. Kelihatan mamanya belum lagi muncul. Ariana Efa mencapai senaskhah majalah  di ruang tamu lalu dibeleknya.
 Sedang asyik Ariana Efa membaca majalah tersebut, mamanya muncul dihadapannya. Ariana Efa segera bangun lalu menuju ke kereta. Mamanya juga begitu.
 Perjalanan pergi ke sekolah Ariana Efa mengambil masa 15 minit. Setelah sekian lama, akhirnya Ariana tiba jua di sekolahnya. Usai bersalam, Ariana terus menuruni kereta mamanya itu. Puan Rosmiah hanya mengelengkan kepalanya. Kereta  milik Puan Rosmiah meluncur laju meninggalkan perkarangan sekolah anknya itu.

AMRAN begitu teruja sekali apabila ibu dan bapanya membenarkan Amran menjadi seorang pendidik. Memang itu cita- citanya sejak dari dulu lagi. Pada mulanya ibu dan bapanya tidak membenarkan Amran menjadi guru. Katanya, guru tiada wawasan, tidak boleh kaya dan sebagainya.
 Itu tidak sama sekali memadamkan semangat Amran. Dia tetap berusaha memujuk ibu dan bapanya. Amran teringat akan peristiwa memujuk bapanya. Begitu seksa sekali. Sanggup dia mengugut bapanya itu.
 Amran menuruni anak tangga satu persatu dengan hati yang riang. Usai menuruni anak tangga, kelihatan ibu dan bapanya sedang berada di ruang tamu menonton ‘ Tanyalah Ustaz’ yang ditayangkan di TV9.
 Amran segera menyalami tangan ibunya. Selepas itu, giliran bapanya pula. Tetapi, Dato’ Hisyam tidak membalas. Dato’ Hisyam berkelakuan seperti tiada benda yang berlaku. Tanpa disedari, Amran bersuara.
 “ Sampai papa nak hokum Am macam ni? Am dah tak larat nak tengok papa layan Amran macam ni. Ini soal cita-cita Am. Biar Am yang memutuskan tentang soal kerjaya Am. Am harap papa faham. Am pergi dulu. Assalamualikum.”
 Amran lantas bengun lalu berlalu pergi tanpa menunggu bapanya membalas pertanyaannya. Amran begitu kecewa terhadap bapanya yang begitu keras hati.
 “ Betul cakap Am, bang. Sampai bila nak hukum dia macam tu. Ini soal  cita-citanya. Dia tak berminat nak jadi ahli perniagaan macam abang.” Datin Izzah pula berbicara.
“ Saya akan tetap menghukum dia, sampai dia setuju nak jadi ahli perniagaan macam saya. Saya tak suka dia jadi guru. Tak ada masa depan. Saya cuma nak dia jadi macam anak kita yang lain. Kerja bagus-bagus. Bukan jadi guru.” Dato’ Hisyam sudah membuka mulut. Begitu keras hatinya.
Datin Izzah mengelengkan kepalanya apabila Dato’ Hisyam meninggalkannya.

2 comments:

  1. pandainyaa...kawanku ni!
    x disgka-sgka ada kbolehan yg kamu sembunyikan..
    bagaikan harimau menyembunyikan kuku plak.
    ok laa...kita hrp dpt tahu lbih lagi psl ariana efa ni..

    ReplyDelete
  2. hahaha... tq.... nnti bila sng, kte akn post kan lagi citer nie....nnti kte bgi tau kmu...

    ReplyDelete