welcome

hi, welcome to my blog. Don't forget to follow me, ok. Bye

Saturday 22 October 2011

MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!

Ye, aku dah merdeka. Sebab aku dah habis periksa and dah hantar kerja khusus aku iaitu skirt yang tak berapa nak cantik. Periksa dah habis so, tengah nak tunggu result. Harap boleh lah dapat  result yang cemerlang dan dapat mencapai keputusan apa yang ibu aku target kan. Iaitu straight A's.

Tetapi apa yang jadi 'merdeka' sangat ni adalah lepas je periksa cuti sekolah selama 9 hari sempena Deepavali.  Best kan? Haha... Pejam celik, pejam celik dah nak akhir tahun kan. Rasanya macam baru sahaja kita sambut awal tahun kan? Dah nak hujung tahun. Nanti kalau tak aku dah naik pelamin kot. Haha. Tak delah main- main je.

Lepas peperiksaan akhir tahun ni, on9 Facebook je lah kan. 24 jam boleh. Eh tak kena lah tidur juga  kan. Kalau tak asyik rasa nak menguap je. Itu bukanlah masalah nya tau. Tapi lepas dah habis periksa semua benda boleh buat. Tengok tv, main facebook, buat blog dan macam- macam lagi. Bebas kan?

Tapi lepas je hantar kerja khusus skirt, lega sikit hati teman tau. Tak ada lah asyik nak menghadap je muka skirt yang tak berapa cantik tu je. Sebenarnya, skirt tu bukannya aku yang jahit sendiri tapi mak aku yang tolong jahitkan. Maklumlah mak aku kan tukang jahit. Senang sikit kerja aku kan.

Aku rasa ini je lah cerita aku pada kali ini. Harap kita boleh bertemu lagi pada post yang baru ok. Semoga anda ceria selalu ya di samping keluarga tercinta. Bye and have a nice day. Muahhh!!!

------------------------------------------------ASSALAMUALAIKUM-------------------------------

No comments:

Post a Comment